Wednesday, 11 November 2015

Trip Diving Pulau Sipadan - 2nd Day

Sambungan 2nd Day..

Untuk hari kedua dan ketiga, kami fokus kepada aktiviti diving di Sipadan..3dive/day..so total kami buat 6 dive..Sebenarnya banyak lagi dive site di Sipadan..ada lebih kurang 12 dive site..Tapi kami hanyak cover 50% dah kira oklah kot..lagipun kos boleh tahan juga..RM1,200/6 dive exclude equipment..

 Peta untuk dive site di Sipadan

Perjalanan kami bermula awal pagi, selesai je sarapan dalam pukul 8.30 pagi kami dah siap2..teruja sangat!!!..sebelum pergi kami telah dibrief oleh Dive Master (DM) yang akan guide kami nanti..DM Santi & Jay-Jay (local DM)..seperti biasa akan ada safety briefing, eqp. briefing, site briefing & buddy selection..Perjalanan dari Mabul ke Sipadana dalam 45 minit jugak..

 SDC team no.2,4,5,6 & 7..(hanya berlima untuk trip ni)


Setelah semua dah ready kami terus bertolak ke Sipadan..

 SDC team member
 

Dari kejauhan telah nampak Pulau Sipadan


Semakin hampir..Bot terus menuju ke kaunter pendaftaran


Parking di jeti Sipadan


 Wajib mendaftar dahulu sebelum dive


Sebelum dive, baca dahulu peraturan pihak berkuasa okay..demi menjaga kelansungan taman laut kita juga kan..


Tali rentang tu bukan x bagi masuk tau..nak masuk kena lalu pantai lah...Diver Kannn..haha..

 
Pemandangan pualu dari atas jeti..cantikkan


Gambaran kejernihan air di Sipadan

Selepas selesai urusan pendaftaran, kami terus mulakan dive di beberapa site seperti barracuda point, turtle cave, coral garden, south point, lobster lair & mid reef dalam masa 2 hari..sehari terhad kepada 3 dive..itupun dah letih sangat2..

Banyak gambar yang cantik tidak sempat dirakam untuk dikongsi bersama korang..hanya beberapa keping je yang ada..layan jelah..


aksi azian bersama barracuda@alu2@ikan kacang..


close up barracuda..garang je mata tengok diver..


 buat2 xsedar ikan putih banyak kat belakang


Azman pun nak main dengan ikan putih 


tup-tup hilang dalam kawanan ikan putih..haha

Untuk gambar2 dasar laut yang lain tunggu next albumlah pulak ye.. Selang antara dive @surface interval kami lepak kat pulau, makan2,rehat2..sambil sembang2 apa yang dijumpai masa dive tadi..

 Rehat dan makan sebelum next dive di tempat rehat yang disediakan..pastikan tiada sampah ditinggalkan di sini tau..


DM Santi menyiapkan hidangan sebelum next dive


pos pengawal keselamatan di Pulau Sipadan


Menjelang pukul 3 petang kami dah siap 3dive..mcm tu jugak hari ketiga..aktiviti yang sama dibuat hingga selesai 6 dive di Sipadan.. Balik ke mabul semua dah letih je..sampaikan tengah syok sembang pun boleh ada yang tertidur..terlelap katanya..hehe..

Next entry adalah berkenaan aktiviti lain yang boleh dibuat di mabul selain diving - Trip Pulau Mabul - 3rd Day

                                                              dinchewan signature
                                                                                    ~eat, sleep, dive~ 

5 comments: