Monday, 16 November 2015

Resepi Daging Garaman Goreng Kunyit

Tak sempat lagi nak update entry last berkenaan trip sipadan mabul, progres lambat skit coz banyak gambar2 cun yang ada rupanya..tapi dalam simpanan ahli trip yang lain..sementara tunggu tu, bolehlah layan resepi dulu..
  
 Daging Garaman Goreng Kunyit


Masakan ni sedap dibuat menggunakan daging "garaman"..daging yang telah diletakkan garam dan disimpan..wife saya buat lebihan daging masa hari raya korban lepas..cara buat dia senang je..hiris daging dalam tebal 2cm selebar tapak tangan, campurkan garam kasar..sukatan garam kasar saya guna 1 keping daging 3sk garam kasar..letak daging berlapis2 dalam bekas tertutup simpan dalam peti ais..daging akan tahan lama sampai berbulan2 masih best lagi..


Ni haa rupa daging garaman..

Bahan2:
1) Daging garaman (2 keping) - slice nipis2, basuh & rendam dalam air dulu

tujuan rendam xnak bagi daging terlampau masin

2) Halia (3inci), Kunyit (2inci), Bawang Putih (4ulas) & Bawang Besar (1biji)

 Kunyit & halia potong panjang2, bawang besar potong bulat


3) Minyak masak (setengah cawan) 

4) lada kering


5) garam, gula (jika perlu)

Cara-cara:
1) Rebuskan daging yang telah dibasuh dan direndam tadi dengan sedikit air..sikit saja tau kerana air daging akan turun.

Lemak2 daging yang menaikkan selera

2) Agak2 dah nak empuk, masukkan halia dan kunyit



3) Rebus lagi sampai air hampir kering, masukkan minyak masak, bawang besar & bawang putih.
time ni minyak akan garingkan sedikit daging tadi..best..

4) Last sekali tambahkan cili kering dan perasakan garam gula (jika perlu)..awas..daging tadi dah masin..
minyak tadi akan jadi kuahnya

5) Bolehlah dihidang makan dengan nasi panas2..tapi menu ni kurang sesuai untuk orang   berdiet..maklumlah banyak minyak dan lemak..tapi jarang2 xpe kot..hehe..

Simple kan..Selamat Mencuba..


  dinchewan signature 
~eat, sleep, dive~
 

No comments:

Post a Comment