menarik kan hasilnya..
1 paket kuey teow
3 sb Kicap pekat
6 ulas Bawang putih
4 biji Cili padi
10 ekor udang (buang kepala & kulit)
3 ekor sotong (sederhana besar-potong bulat)
3 sb minyak masak
1 kiub ayam
3 sb sos tiram
2 sk sos ikan
Daun limau purut
Bunga kubis
Lobak merah
Putik jagung
Daun bawang
2 sb tepung jagung (bancuh dgn sdikit air)
3 cawan air
Garam
Gula
Cara2nya:
1. Basuh kuey teow dan tapis air dahulu. Lepas itu boleh gaulkan kuey teow dengan kicap pekat.
siap2 basuh, tapiskan dulu,masukkan dalam mangkuk
Ni haa..lepas gaul kicap-guna kicap pekat je (dark soya sauce). jangan guna kicap manis@masin..nanti lain rasanya..
2. Sambil2 tu bolehlah sediakan bahan2 ye, cili padi sy ambil dari pasu je..fresh dari ladang..
Fresh lagi..tanpa racun dan baja kimia
Ni haa pokoknya..kecik2 cili padi dah banyak jasanya
Daun bawang ni beli..tak sempat nak tanam lagi
Daun limau purut ni pun amik dalam pasu..segar lagi
Gambar pokok limau purut tak clear pulak..maklumlah dh nak maghrib waktu ni
Hiriskan lobak merah dan putik jagung panjang2..bunga kubis pula saiz yang sesuai utk dimakan
Udang yang telah dibuang kulit dan sotong dipotong bulat2
3. Bolehlah gorengkan kuey teow yang dah diperap kicap tadi sekejap..guna minyak sedikit sahaja..jaga2 jgn smpai hancur..pindahkan terus ke dalam pinggan untuk makan
4. Panaskan minyak masak dalam kuali
5. Tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi (hingga wangi je tau, bukan hingga hangit)
6. Masukkan udang dan sotong
7. Bila udang dah nampak merah dan sotong dah menggelupas kulit terus masukkan air..seafood tak boleh overcook..nnti tak sedap..air akan mengelakkan seafood tadi overcook.
8. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan sos ikan.
9. Bila dah nak menggelegak masukkan daun limau purut, lobak merah, putik jagung, bunga kubis, garam, gula dan lada sulah.
10. Test rasa dulu. Bila dah cukup rasa semua bolehlah masukkan air bancuhan tepung jagung dan daun bawang.
11. Perlahankan api dan kacau perlahan2 sampai kuah tadi pekat.
12. Bila dah pekat, sendukkan kuah tadi terus ke dalam pinggan berisi kuey teow yang telah digoreng tadi.
Kueh teow ladna simple siap sedia untuk dimakan..hidangan ini sesuai untuk 4 orang makan..selamat mencuba 😊
![]() |
dinchewan signature
~eat,sleep,dive~
No comments:
Post a Comment