Tuesday, 10 November 2015

Trip Diving Pulau Sipadan - 1st Day

PULAU SIPADAN, SABAH...idaman semua diver..setelah perancangan yang berapa kali tertangguh, akhirnya berjaya juga team Sealife Dive Club (SDC) menjejakkan kaki ke Pulau Sipadan (walaupun hanya 5 member yang berkelapangan untuk join)..untuk yang lain next time kita repeat yer..

Kejernihan Air di Pulau Sipadan
Bagi yang belum pernah sampai ke Sipadan ni, perancangan perjalanan amat penting supaya kita tidak kelam kabut dan terkejar2 nanti..so first entry ni sy akan share persediaan nk ke sana.

Perjalanan kami bermula dari KL - Tawau - Semporna - Pulau Mabul - Pulau Sipadan. Trip kali ni mengambil masa selama 4h3m..



Pengangkutan

Resort yang korang stay biasanya boleh arrange semua termasuk transport dari airport - semporna - mabul - semporna-airport, permit ke Sipadan dll..

~Pengangkutan udara KL - Tawau~

Perjalanan ini semestinya menaiki kapal terbang/belon (panggilan orang sabah)..kami naik airasia, 20kg luggage (pergi) & 30kg luggage (balik)..alasannya barang2 dive basah time balik (sebenarnya nak shooping)....hahaha

Kami book flight air asia, bertolak dari KL awal pagi..perjalanan ambil masa 2 jam 45 minit bergantung pada cuaca jugak..so korang pandai2lah makan siap2 & save movie best2 dalam HP korang..kalau x..tido jelah jawabnya..

 Perjalanan di awal pagi tika matahari baru nak memunculkan diri
 

~Pengangkutan Darat~
Setelah sampai di Bandar Tawau, driver yang diuruskan oleh pihak resort telah siap2 tunggu. Xsusah nak cam diorang sebab nama kami terpampang pada kertas yang dipegang beliau. Dari airport tawau ke pekan semporna boleh tahan juga jauhnya, dalam 1jam lebih kurang.

~Pengangkutan Air~
Menjelang tengahari, kami sampai di Pekan Semporna. Selepas urusan pendaftaran dan bayaran , kami terus bertolak ke pulau mabul naik bot laju..bot yang khusus untuk pelanggan resort..dlm 30minit jugak perjalanannya..sambil2 tu boleh layan pemandangan rumah atas air..

Biasanya bot bergerak pagi @ tengahari, jarang bergerak petang mungkin sebab cuaca kot..kalau korang sampai semporna dah petang terpaksalah stay dulu kat pekan semporna. Ada je hotel bajet sekitar pekan semporna tu,so xdelah terpaksa tido kat jeti kan.


Penginapan

Untuk makluman di Pulau Sipadan sekarang dah tiada resort/penginapan dibenarkan beorperasi..yang ada hanya pos keselamatan askar2 bagi menjaga keselamatan negara dan pengunjung..biasanya orang stay Pulau Mabul bila nk ke sipadan.

Sebenarnya banyak resort di Pulau Mabul, semuanya bergantung kepada kos yang berani korang laburkan untuk penginapan..ada yang mahal ada yang murah..Disebabkan kami lebih banyak masa di dalam air daripada kat darat, jadi kami dah buat keputusan nak stay di Uncle Chang Resort..antara resort bajet yang amat selesa,murah dan friendly...rate dan fasiliti semua boleh cek kat sini.


  
Logo uncle chang..kalau nk kenal uncle chang, refer logo ni.sebijik..haha..

 semua xsabar nak naik resort

pemandangan resort dari atas bot..simple n menarik.

Sampai di resort, kami terus check in dan lepak2..kat sini pukul 6 petang dah gelap..so xbanyak aktiviti boleh dibuat waktu petang..lagipun badan dah letih, semua nak rehat je sambil tunggu matahari terbenam..

Anggota keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan pengunjung pun ada kat pulau mabul ni, insyaAllah selamat..

 Sementara proses check in bilik. Inilah lokasi tempat makan sepanjang trip ni..air (milo,teh) dan roti sentiasa ada 24jam


Uncle Chang Resort 

Beginilah pemandangan di resort..penginapan betul2 di atas air..time air pasang penuh air just sekaki dari lantai..teruja!! Kami sampai dalam tengahari..So first day xde aktiviti diving lagi..Lagipun semua tengah letih dah jauh travel..ada yang dari Kuantan - KL - Tawau - Semporna - Mabul..Fuhh..beribu batu woooo...
  
bilik tidur betul2 di depan air laut..mendamaikan

 
 landskap yang simple & menarik

 
pengangkutan utama penduduk di sini..perahu panjang 


perahu panjang 


diver2 yang baru balik dari dive 


antara rumah2 penduduk tetap di mabul..ada yang di atas air, dan ada juga yang di atas tanah



Air tawar yang disediakan untuk mandi 


Suasana matahari terbenam


Permit

Sebelum terlupa..untuk dive@snorkeling di Sipadan perlukan permit..sehari cuma 100pax dibenarkan masuk ke Sipadan, so permit kena book awal. DAN..bukan semua resort ada permit untuk ke sipadan tau!!! Untuk trip ni, kitaorang dah book SETAHUN awal..

Kalau xde permit, korang boleh dive@snorkeling di Mabul, Kapalai @ Siamil yang xkurang cantiknya..


Aktiviti Malam

Untuk malam 1st day ni, kami just makan kenyang2 and rest cukup2..esok nak nk buat 3 dive kan..
Opss..bagi korang yang sukakan makanan pedas, eloklah korang bawak cili padi@cili sos@black pepper siap2..sebab makanannya terlampau xpedas..


...sambung next entry...Trip Diving Pulau Sipadan-2nd day





                                                          dinchewan signature
~eat,sleep,dive~



No comments:

Post a Comment