Trip kelong paradise ini dirancang selepas trip candat sotong kami pada bulan 8 yang lalu..Hasil candat sotong agak memuaskan..anggaran 50kg bolehlah buat balik 3-4kg seorang untuk makan bersama keluarga..
Memandangkan ramai yang tidak dapat menghayati feel memancing di atas kapal yang terumbang-ambing, bau diesel, bunyi genset yang mengganggu tidur dan pergerakan yang terbatas di atas bot, aku diminta untuk merancang satu lagi pakej santai untuk memancing kelong.
Plan awalnya hendak pergi ke kelong acheh di mersing yang pernah dijejaki 6 tahun lepas..memandangkan jauh dan ingin mencuba pengalaman baru aku sarankan supaya mencuba kelong paradise yang terletak di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam..
Maka bermulalah perjalanan kami seramai 12 orang (9 dewasa 3 kanak-kanak) untuk trip 2hari 1 malam...
Hari Pertama (Jumaat-22/9/2017)
perjalanan dimulakan pada pukul 5.00 pagi - pendapat muktabar mazhab syafie bagi orang yang bermusafir sebelum subuh gugur jumaatnya pada hari tersebut
Sempat solat subuh berjemaah di selayang dan membeli umpan di pasar selayang..tgk waze dalam 130km je..agak-agak dalam 1jam setengah je kot..sudahnya hampir 2jam setengah perjalanan kami
Akhirnya sampai di jeti pada pukul 9.30 pagi..Bot dah menanti
sijil yang diperolehi Kelong Paradise pada 2008
peraturan yang ditetapkan
suasana di luar pejabat kelong paradise - air dikatakan naik ke kawasan parking ketika air pasang besar..kami dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan kedai hujung sana
kanak-kanak dah x sabar nak naik bot
bersiap nak ke kelong
teruja ke cuak anak-anak kecil ni...
masing-masing dah x sabar
akhirnya selepas perjalanan selama 20 minit(4 batu nautika) menaiki bot kami sampai di kelong - disambut oleh owner kelong Dato Abu Hassan@Rayyan
irfan posing sampai sepet mata-silau agaknya
mengantuk lagi kot bangun pukul 4.30 pagi
menyiapkan barang-barang pancing di kawasan bawah - beg baju diletakkan di bilik tingkat 3
Pemancing boleh memilih sama ada mengambil bilik tambahan atau just tido di kawasan kelong di tingkat bawah..Kami ambil 2 bilik untuk persalinan yang lengkap dengan Aircond lagi - kos satu bilik besar RM450 dan satu bilik kecil RM250..Harga bilik sahaja tidak termasuk kos memancing..
Untuk kos memancing + makan + transport di kelong dikenanakn RM188/pax..kanak-kanak RM90/pax
gembira kanak-kanak dapat tido di atas laut
muiz turun naik tangga..
banyak bot-bot nelayan memukat kawasan sekitar
Kelihatan banyak bot nelayan memukat ikan/udang di kawasan kelong..persepsi pertama aku adalah kawasan kelong ini mesti banyak ikan...persepsi kedua mesti dah habis ikan kena pukat bot..tapi xpelah kalau ada rezeki adalah tu.
alhamdulillah..ada jugak hasil walaupun kecil..seronok tengok kanak2 teruja tengok ikan live
abang man dan anaknya yang fisrt time memancing
anak abg man dapat ikan paling besar
dalam 2 kg juga ikan ni rasanya
wahid dengan ikan sembilangnya..jaga-jaga duri wahid
anak wahid si cilik yang konfiden menaikkan ikan gelama
abg man tengah merenung nasib..mana ikan aku ni
alhamdulillah akhirnya menaikkan ikan ketuka
mat min takut-takut naikkan ikan gelama
operasi genset di kelong ini hanya bermula jam 7 petang sehingga 9 pagi sahaja..malam baru boleh on AC dalam bilik ye
Makan minum di atas kelong disediakan sebanyak 4 kali untuk pakej 2hari 1malam..makan tengahari disediakan pukul 12.30 tghari, minum petang pukul 5.00 ptg, makan malam pukul 8.00 malam dan sarapan pagi dalam pukul 7.30 pagi..masa yang diberikan tidak semestinya tepat bergantung kepada kesediaan tukang masak jugak..makanan semuanya best2..selera atas laut katakan..
kami juga tidak melepaskan peluang mengimarahkan surau yang terdapat dalam kelong - mungkin dah lama surau ni x digunakan..moga ianya menjadi saksi di hadapan Allah yang kami pernah bersujud di dalamnya
sampai ke pintu khairul bersembahyang..meriah surau malam itu
lepak santai selepas minum petang di lobi dewan makan
suasana matahari hampir terbenam
makan malam yang disediakan - ala2 restoran terapung di atas laut
Malam itu aktiviti memancing diteruskan. aku masuk tido jam 1 pagi..hanya wahid meneruskan aktiviti memancing sehingga ke pagi...bangun pagi tengok hasil boleh tahan jugak wahid memancing.
Hari Kedua (Sabtu-23/9/2017)
antara hasil pancingan
banyak jugak ketuka dan ikan sembilang serta ikan gelama untuk trip santai macam ini
lagak seorang pemancing tegar
gambar yang dipostkan dalam FB Kelong Paradise
Tepat jam 9.00 pagi hari kedua kami berangkat pulang ke jeti..dalam perjalanan pemilik kelong ada mengesyorkan kedai/rumah peraih ikan sekiranya kami berminat membeli ikan segar dengan harga yang murah berdekatan jeti..kami terus bersetuju sekurang-kurangnya ada jugak lauk fresh yang boleh dibawa balik untuk santapan keluarga.
suasana di rumah/kedai peraih ikan
ikan/udang/sotong/ketam/pari disini semua baru dan segar - harga hampir 30% murah dari pasar yang biasa aku beli
semua x melepaskan peluang memilih ikan segar
Seterusnya kami bergerak terus ke rumah keluarga Bos aku - En. Zahrul..beliau memaklumkan keluarganya ada menyediakan makan tengahari untuk kami sebelum bertolak pulang ke rumah masing-masing..Selain itu En Zahrul juga menyediakan penginapan homestay di sungai besar, sabak bernam ini..homestay yang cukup cantik dan menarik pada pandangan aku.
boleh contact direct no di atas untuk tempahan
signboard yang menarik - SHAHJEHAN HOUSESTAY
antara homestay yang tersedia
kami juga disediakan satu homestay berkonsepkan chalet untuk berehat sementara mengunggu makan tengahari - irfan dah penat bermain dengan kawan-kawan
katil sesuai untuk honeymoon
dilengkapi perabot jati yang berkualiti
amat cantik dan menarik
almari pun daripada kayu jati yang cantik
Alhamdulillah selesai berehat,solat dan makan tengahari kami terus bertolak pulang ke rumah masing-masing membawa seribu kenangan indah sewaktu bercuti bersama kawan-kawan..dalam perjalanan pulang aku sempat singgah membeli mentarang (sejenis kerang-kerangan yang aku suka) untuk dimakan bersama keluarga.
sekiranya berminat menempah Kelong Paradise boleh hubungi Dato' Abu Hassan pemilik kelong
Sekian, terima kasih.
Salam, saya pengurus bahagian marketing Kelong Paradise. Boleh tak kita gunakan gambar kelong yang ada di sini untuk facebook ?
ReplyDeleteSalam, Boleh saya dapatkan no telefon encik Daniel utk pertanyaan lanjut berkenaan kelong paradise ini. Terima kasih
DeleteOk ja
ReplyDeleteCantek gak..
DeleteMcmana nak dptkn pakej di kelong ni,
ReplyDeleteTuan/puan boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Kelong..Dalam gambar last ada saya attach bisnes kad Kelong. Harap dapat membantu
DeleteSaya berminat dengan trip ke kelong
ReplyDeleteBoleh sy dapatkan maklumat lanjut
Tel :0199366508
Tuan/puan boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Kelong..Dalam gambar last ada saya attach bisnes kad Kelong. Harap dapat membantu
DeleteHarga Bpe 1orang
ReplyDeletePengurusan kelong sudah bertukar dan dalam proses baik pulih. boleh berhubung dengan FB "Kelong Paradise Sabak Bernam"
Delete