Thursday, 28 September 2017

Jaulah Ulama' & Maahad Tahfiz



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Program jaulah ini dirancang oleh AJK Surau Kementerian Kerja Raya..disamping untuk melawat pusat-pusat tahfiz dan bertemu alim ulama'. Pihak Surau KKR juga bercadang nak bagi sumbangan duit zakat untuk membantu sedikit sebanyak pusat-pusat tahfiz berkenaan.

Seperti biasa aku juga mengambil kesempatan untuk turut serta program ini apabila diajak..bila lagi nak join kan..Program dirancang selama 3hari 2 malam untuk melawat 2 pusat tahfiz dan 1 pondok tradisional di utara tanahair...Maka bermulalah perjalanan 6 orang insan untuk Jaulah Ulama' & Pusat Tahfiz.


Hari Pertama (Jumaat-15/9/2017)

Bertolak dari pejabat jam 3.00 petang ke Perak..Singgah sebentar ke rumah seorang staff yang kurang sihat untuk bertanya khabar..mudah2an Allah menyembuhkan beliau dan dapat bekerja seperti biasa..amin..

Perjalanan diteruskan ke Maahad Tahfiz Wattalaqqi di Lubuk Merbau Perak..Kami sampai agak lewat dan disambut oleh seorang ustaz di Maahad berkenaan. Langsung dibawa ke surau tempat penginapan kami untuk malam berkenaan.


 perjalanan menggunakan 2 buah kenderaan 4x4
 
  signboard kurang jelas waktu malam

 kawasan surau yang selesa dan sejuukkk

dah ready nak tido setelah penat berjalan


Hari Kedua (Sabtu-16/9/2017)

Aktiviti hari kedua bermula sebelum subuh. Mandi di kawasan ini sebelum subuh amat menyegarkan. Kawasan maahad di atas bukit dan airnya pun sejuk..lepas bersiap-siap untuk solat subuh terus ke surau kampung yang bersebelahan dengan maahad ini sahaja.


 pembacaan hadis selepas solat subuh oleh pelajar tahfiz

  disambung dengan bacaan ma'thurat

Selepas itu kami keluar untuk mencari sarapan pagi di kedai sekitar kampung berdekatan..Alhamdulillah hasil maklumat dari orang kampung kami disarankan untuk melawat makam Sheikh Idris Al-Marbawi yang berada sekitar kawasan itu. Tanpa melepaskan peluang kami terus ke makam Sheikh.

  makam Sheikh Idris Al-Marbawi bersama isteri beliau

 papan kenyataan berkenaan Sheikh


Setelah itu kami terus pulang ke maahad.
 
 
 
 suasana maahad di waktu pagi

 signboard maahad
  
 rupa2nya pihak maahad pun ada sediakan sarapan pagi..makan lagi untuk raikan tuan rumah

selesai sarapan pengerusi Surau KKR memberi sumbangan wang zakat kepada mudir maahad

 sebelum pulang kami sempat bergambar kenang2an bersama pelajar dan pengurusan maahad


Aktiviti seterusnya kami ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 9 di Kampung Chopin Kanan, Parit Perak.
 

 
 
 Maahad Tahfiz di Kg. Chopin Kanan

bangunan separuh batu dan separuh kayu

Memandangkan kami daripada jabatan teknikal kerajaan, mudir memohon bantuan kami untuk tolong merekabentuk bangunan baru maahad berkenaan. Kami cuba tolong semampu mungkin. InsyaAllah mudah-mudahan dikira sebagai kebaikan di sisi Allah.

  Mudir Maahad memohon bantuan untuk merekabentuk bangunan asrama dan pusat pentadbiran baru maahad berkenaan
 
  meneliti lakaran awal yang diberi oleh mudir tersebut

 Pengerusi surau beramah mesra bersama pelajar tahfiz
 
menyampaikan sumbangan wang zakat kepada mudir maahad

 bergambar kenang-kenangan bersama pelajar dan pengurusan maahad

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke Negeri Kedah untuk melawat Pondok Pak Teh Mat Kuala Nerang. Kami sempat singgah solat jamak di masjid jamek Gerik pada waktu Zohor. Lepas solat aku teringat satu tempat makan yang popular di Gerik - Nasi Buluh Castella Cafe (konsep makan di atas rakit di dalam air)..Biasanya perlu tempat beberapa hari awal untuk makan di situ..Tapi aku cuba hubungi kenalan yang biasa ke sana mohon jasa baik dia untuk usahakan sekiranya ada rezeki kami..

Alhamdulillah dapat juga kami satu slot untuk makan di sana. Gembira kawan-kawan yang xpernah ke sana menikmati hidangan kampung di atas rakit.


  menikmati keindahan air sungai gerik

hidangan lauk kampung spesial

Selepas selesai menikmati hidangan tengahari di Castella Cafe kami terus bergerak ke Kuala Nerang.. Menghampiri pekan Baling hati tiba-tiba teringat kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada memali yang lain..niat di hati ingin berhenti menziarahi makam beliau, namun disebabkan tiada dalam perancangan asal dan adab berjalan secara berjemaah (untuk tidak menyusahkan kawan-kawan yang lain) niat hanya dipendamkan dengan harapan Allah akan beri peluang lain kali untuk menziarah makam beliau.

Walau bagaimanapun, perancangan Allah jua yang terbaik sebaik melewati pekan Baling pengerusi dan rakan2 yang berada di kereta satu lagi rupanya turut mencadangkan perkara yang sama. Bak orang mengantuk disorongkan bantal terus aku bersetuju dan bermulalah pencarian makam As-Syahid..kami ke kg Memali rupa2nya beliau dan para syuhada lain tidak dimakamkan di situ..Allah permudahkan lagi melalui bantuan seorang penduduk tempatan yang bantu petakan arah ke kawasan makam yang berada di parit panjang..Alhamdulillah.

 
Makam para syuhada memali-sebelah makam ini terdapat makam Tuan Guru Omar Zuhdi (Gambar tidak sempat diambil bagi menghormati ahli keluarga beliau yang sedang menziarah dan berdoa ketika itu


Seterusnya kami terus ke Kuala Nerang. Begitu teruja driver kereta aku yang tidak sabar mahu bertemu gurunya..Beliau pernah belajar di Pondok Pak Teh Mad Kuala Nerang..Beria beliau ceritakan sejarah dan siapa pak teh mad, anaknya Syeikh Faiz dan suasana pondok sebelum ini. Dalam perjalanan, kami mendapat maklumat yang Syeikh Faiz akan memberikan kuliah maghrib di sebuah surau di pekan Kuala Nerang. Kami ambil keputusan untuk turut serta dalam kuliah tersebut sebelum ke Pondok Pak Teh Mad.

Kami sampai di surau berkenaan sebelum maghrib, sempat berjemaah dan mendengar kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Faiz yang betul2 memberi kesan kepada aku..Mungkin kerana beliau bercakap dari hatinya dan berjaya mengetuk hati yang keras ini..Alhamdulillah.

Syeikh Faiz mensyarahkan kitab Penawar Bagi Hati-Beliau seorang ahli tasawwuf dan ahli zikir-berperwatakan lemah lembut dan sangat rendah diri


Seterusnya selesai solat isya' kami terus ke pondok pak teh mad dan penginapan kami betul2 dihadapan rumah syeikh faiz..Sempat lagi pada malam itu kami dijemput ke rumah beliau untuk berkenal-kenalan dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beliau..Beberapa nasihat dan cerita yang beliau sampaikan akan dijadikan pegangan dan ingatan insyaAllah..Seterusnya kami terus berehat untuk beradu setelah penat seharian berjalan jauh pada hari kedua ini.


Hari Ketiga (Ahad-17/9/2017)


Subuh hari ketiga ini kami solat berjemaah di surau pondok pak teh mad..jemaah terdiri daripada pelajar pondok dan juga warga tua yang tinggal disekitar pondok..Selepas solat subuh kami ke pekan Kuala Nerang untuk mencari sarapan pagi..Selesai sarapan terus pulang ke pondok untuk berjumpa dengan Pak Teh Mad yang dirancang pada pukul 8.30pagi.
 

batu tanda sebelum masuk ke pondok pak teh mad
antara pondok yang didirikan oleh pelajar semata-mata untuk menuntut ilmu di sini

surau tempat solat subuh sebentar tadi

kawasan ini didiami juga oleh warga tua yang telah lama menetap di sini


Seterusnya kam dijemput ke rumah pak teh mad oleh salah seorang pembantu beliau..rupa2nya pak teh mad juga ada menyediakan sarapan pagi kepada kami..Beliau membahagi2kan kepada kami semua sebelum beliau makan-adab meraikan tetamu yang ditunjukkan oleh Pak Teh Mad..Beliau kurang bercakap tetapi cuma banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dari segi perlakuan dan akhlak yang sangat baik..Banyak perkara pelik yang tidak mampu aku huraikan di sini semasa bertemu beliau..sampai pening kepala kami memikirkan kenapa dan mengapa bagi setiap perlakuan yang beliau tunjukkan..mungkin ta'wil berbeza bagi setiap orang dan aku telah mempunyai ta'wil sendiri bagi perkara pelik yang ditunjukkan pak teh sewaktu lawatan tersebut.

sarapan pagi bersama Tuan Guru Pak Teh Mad Kuala Nerang

Selesai makan pak teh terus memberikan beberapa nasihat yang dimulai dengan hadis2 yang dibaca beliau..setiap hadis dibaca dan dihuraikan sebanyak 3 kali kepada kami..sempat juga kami menitip secebis ilmu dan nasihat dari lautan ilmu beliau..seterusnya sebelum mengundurkan diri sempat kami sampaikan sedikit sumbangan duit zakat kepada pak teh untuk kegunaan pondok.

bergambar kenangan dengan Tuan Guru Pak Teh Mad Kuala Nerang

Alamat serta akaun bank bagi yang mahu menyumbang

 
Mengikut perancangan awal kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi berkenaan..Walau bagaimanapun aku sebenarnya mempunyai satu hajat yang cukup besar yang telah disimpan selama lebih 4 tahun..Aku cuba bagitahu kepada pengerusi dan kawan-kawan yang lain sekiranya dapat memenuhi hajat besarku ini..Alhamdulilllah Alllah permudahkan segalanya..mereka bersetuju untuk mengikut aku berjumpa Pak Su Mid Bukit Tembaga..pembantu pak teh mad juga menawarkan diri untuk membawa kami ke rumah beliau..Syukurnya pada Allah yang telah mempermudahkan segalanya..Kami terus bergerak ke rumah Pak Su Mid Bukit Tembaga untuk sama-sama memohon nasihat dan mengutip secebis ilmu dari beliau.

Semua nasihat beliau tidak dapat aku hadam sewaktu pertemuan itu..bahasa beliau banyak yang berkias dan terlampau tinggi..Walau bagaimanapun kami sempat merekodkan nasihat beliau dan selepas itu baru dapat difahami sebahagian daripada kata-kata beliau..Biarlah menjadi rahsia dan pengajaran kepada diri ini segala pengalaman tersebut.


bergambar kenangan depan rumah pak su mid

inilah wajah awliya Allah Pak Su Mid Bukit Tembaga (copy google-tidak tergamak mengambil gambar sewaktu ziarah bagi menghormati beliau yang uzur dan tidak berbaju)
 

Selepas pertemuan dengan pak su mid aku terus jadi penat nak memahami setiap bait mutiara kata beliau..naik je kereta terus tertido..kesian driver bawak sorang-sorang tiada teman berbicara..kami terus pulang ke kuala lumpur membawa seribu satu kenangan & pengalaman indah yang tidak mampu dicoretkan kesemuanya di dalam blog ini.

Sekian, terima kasih.

1 comment: